星期二, 十二月 13, 2005

Vespa


Bilo ayah dilantik jadi ghuru bosa kek SK Sungai Jelutong, ayah porlukan kenderaan untuk ulang alik sejauh lobih 20 km. Pakat punya pakat dongan omak, ayahpun bolilah vespa bughuk - 3rd hand agak ae. Plate nombor kalau tak silap BE xxxx warna bighu mudo. Jaghang oghang kampung makai motor vespa maso tu, kok ado pun cumo jenih Honda kapcai 50 cc model tahun 50an, Norton atau Triumph bosa seperti yang dibawak dek cikgu Kassim. Pak Ngah Nain atau Yahya ayam pakai Yahama pakai kluth bawak bakul ayam.
Tahun 1966, aku turut berpindah ko SK Jelutong. Pagi-pagi laie mondobut naik vespa duduk depan, kemain sojuk maklumlah pakai baju dan seluar pendek yo. Kalau ujan nampak ae basah kuyup dan mengelatuklah kek sojuk. Sampai kek Kampung Kato, ayah ambik cikgu Zizah yang baghu lopeh maktab dan ngajar kek SK Jelutong. Cikgu Zizah membonceng kek belakang. Dio boghonti numpang bilo kawin dongan cikgu Rahim dan tinggal kek berek sekolah. Cikgu Zizah tu baik dan sayang kek aku, bilo waktu rehat- dio akan panggil masuk ko dapur ikut pintu belakang ghumah ae makan nasi sojuk. Cikgu Rahim pulak kurang suko dan ponah tanpa usul periksa menghotan aku gara-gara kona fitnah dek kekawan. Bobudak tuduh aku ghosakkan jadual latihan ping pong dan lumur dongan taik kambing kek balai ghayo.
Kek sekolah, adolak cikgu lain moli vespa spt cikgu Zaimazuki dan cikgu Md Nor. Cikgu Makmur Terentang guno Lambretta. Bilo balik tongah aghi paneh, aku selalu tertidur ateh vespa. Ayah akan tekeh kepalo bilo motor bergoyang sobab aku terhangguk. Ponah ayah berlumbo dongan Yahya ayam kek selekoh Kg Tapak, Ayah monang. Arwah angah ponah curi bawak vespa ni dan jatuh kek dopan ghumah Jani- motor ayah calar balar. Ayah kemain maghah. Lopeh tu aku jatuh motor pulak kek Terentang dongan along, pergelangan tangan aku seliuh atau ghotak dan lamo boghubek dongan omak Tok Lajin. Ayah memang tak leh nak buek apo dongan perangai anak-anak jantan ae. Ateh pulak sajo tampa plaster kek lubang angin injin vespa, untuk mengeluarkan bunyi macam siren polis.
Vespa bughuk tu jugak ayah gunokan untuk lawat angah di hospital Seremban tahun 1968. Lagi sekali aku patah dan luko terjatuh kek selekoh kawasan Rasah. Ayah tukar vespa baru guno plate ND agak-agak tahun 1971 dan tukar baghu laie tahun 1973- NF. Dalam tahun 1974, ado oghang bawak keto Mazda 808 2nd hand ( ME xxxx). Dongan duit-duit jualan kodai kopi di pelangai, omak suruh ayah boli keto. Sobab ayah masih belajar memandu mako ado forester Pelangai yang jadi driver ayah. Seronok boto ayah dapek keto ni maklumlah bertahun dio ngidam nak boli keto tapi mengonangkan anak-anak ghamai sekolah, ayah terpakso pondamkan hasratnyo. Aku masih ingat, ayah bawak jalan-jalan kek Seremban dan mengunjungi kedai kereta terpakai. Kami samo-samo membelek keto kek situ. Sodih mengonangkan nasib keluargo maso tu. Gaji ayah cumo $150.00 walaupun jadi Guru Bosa.
Kini semua telah berlalu. Ayah dan angah telah bersemadi di pusara. Omak pun dah uzur tuo. Alhamdullilah semua adik beradik mengecapi kehidupan lebih bermakna, tak kayo tapi memadai untuk berbahgio dongan keluargo sendighi.

Menjobak musim ko sawah


Bilo padi mulo masak, sawah sekitar sungai tangjompo menguning macam lautan omeh yang mengilau mato momandang. Itulah ketiko ae oghang kampung sonyum lebar bilo ponek lolah hampir mombuahkan hasil. Pagar-pagar sawah dipokomehkan biar susah kobau lombu nak masuk. Kok tak ado kawat duri mako buluh-buluh yang dicaghi oghang.
Bughung pipit uban mulo berbondong mengisi tompolok. Itulah rozoki untuk sumo tapi mano yang tak sabar mau naik beghang tongkok padi abih digayut pipit uban. Pipit uban memang cantik sobab bulu kopalo ae putih dan badan meghah ati. Sokali toghobang macam lobah balik ko saghang.
Bobudak mulolah buek jobak dari polopah pokok rumbia. Polopah yang dah tuo warno kuning peghang dan dikupeh kulit untuk dapekkan bahagian dalam. Lidi-lidi dari buloh dipipih molek buek jejari atau dinding jobak. Reko bontok jobak kono kreatif, kito boleh reko jobak banyak bilik dan bertingkat-tingkat. Setiap bilik dibuek pintu atau tingkap yang dipasang kekunci untuk memerangkap bughung. Setiap bilik atau petak disangkutkan juntaian padi masak. Sangkut jobak kek dahan-dahan pokok topi sawah. Jobak onam boleh pintu memang cantik tapi bukan sonang nak buek bondo ni.
Bughung yang tertangkap akan disimpan dalam jobak induk. Setakat 20 ko 30 ekor pipit uban sonang-sonang dapek. Ado berjual boli pipit uban. Sombolih guno pisau lipat atau guno sombilu buluh. Lopeh tu siang dan kelenset kulit kopalo bughung. Kopalo pipit uban pun macam kopalo Tok Kodo yang botak licin. Bolah poghut buang isi poghut. Lumur dongan garam dan sorbuk kunyit. Lopeh tu panggang ateh dapur kayu api atau digoreng. Panggang biar merah garing. Kalau omak masak lomak cili api campur bolombing laie sodap, pekono pulak ulam potai.. omak aii bopoluh daie.

星期五, 十二月 02, 2005

Ghumah bosa


Sebelum pindah ke ghumah baghu ni, kami tingga kek kuanters sekolah Tengkek. Ado duo pintu yang dijadikan ghumah dan pintu belakang lak boleh toghuh ko kelas. Jadi kakak kami Hasnah ( iler), dan ateh Khairuddin sonanglah kalau masuk kelas. Kok lewat sikitpun, cikgu tak penghasan bona. Cikgu-cikgu maso itupun ado kono mengono, bau bau bacang kata oghang. Pak cik Hashim suami mak cik Sarah dan Pak lang Dighih suami mak lang awo pun ngaja kek situ. Pak lang ngaja bahasa Inggeris hingga tahun 1965.
Ayah pun ado molo kambing. Banyak kambing yang dibolo dan bosa-bosa pulak tu. Baka kambing tu ayah dapekkan dari Jabatan Haiwan. Ghaso-ghaso ae cuma kami yo yang molo kambing bosa dan banyak macam tu kek kampung.
Omak dan ayah memang teghaso didiskriminasikan kek keluargo sobab itu ayah duduk kek quaters itu. Dah rezoki anak-anak, ayah dapek moli tanah topi jalan sekarang dari omak acu Munah ( bini acu Baharom) belakang ghumah sekarang. Tanah seekar itu dipocah dua bahagian. Ayah dapek sebolah dopan. Macam manopun ado keluargo sebolah acu Munah macam tak pueh ati dan babak-babak gangguan yang terjadi lopeh itu memang terjadi.
Ayah pun bueklah pelan ghumah dan mungkin itulah pertama kali ghumah kampung berpelan secagho teknikal. Tukang ghumah ialah oghang cino. Ghumah baghu yang menjadi perhatian oghang kampung maso tu siap dalam tahun 1963. Kami ingat laie mengendong kain baju topi pagar sekolah untuk pindah. Omak maso tu mengandungkan Sarin dan Ijai pulak baghu umur setahun. Aku kalau berlari bawah ghumah tak terghantuk kono tiang ghumah sobab kocik bona maso tu tapi masih ingat belaghi keliling ghumah. Umur maso tu baghu 5 tahun.
Ghumah ado duo bilik. Bilik dopan untuk ayah dan omak. Bilik tongah untuk Iler dan adik-adik pompuan. Kami yang jantan tidur kek ruang ko tanggo dapur. Maso kocik aku selalu terkoncing ateh tilam. Tilam pun bau haghing dan berpoto-poto. Sobolah tanggo dapur dijadikan kopok simpan padi, dalam timbunan padi itulah Iyah selalu sughukkan potai, dio tu antu potai. Solopeh tanggo ado pintu masuk ke ruang dapur, ada pangkin yang dijadikan tompek makan. Dapur bersimen dan ruang bawah selalu dijadikan tompek simpan bawang, minyak ageh ( minyak api), kayu api dan nyimpan durian. Ponah ateh tominum minyak ageh dalam botol sobab dio ingat air soda.
Dalam tahun 1972, ghumah bosa ini ditinggalkan bilo kami sekeluargo pindah ko Simpang Pelangai, Pahang. Ceghito pasal ghumah ni ( polik-polik) ado dalam kisah-kisah lamo kek catatan sebolum ni. Dalam tahun 1981/82, ghumah ini kembali ditunggu bilo nak kawinkan Iyah dan Ijai. Kemudian tahun 1983, kembali dikosongkan sobab ayah dapek tanah baghu kek Geylang, Pertang dan buek pondok bughuk. Bilo ayah jatuh sakit mako kami pindah laie ko ghumah Tengkek. Ayah meninggal dunio di sini dalam tahun 1985. Omak kembali duduk ke sini sobab kek Geylang jauh dari sedagho magho. Tinggalah omak sebatang karah nunggu ghumah. Kesian omak.

星期四, 十二月 01, 2005

Anak cucu uwe