星期四, 十一月 17, 2005

Secangkir kopi dari penulis



Penakek pisau seraut
ambil galah batang lintubung
selodang ambil kenyiru
nan setitik jadikan laut
nan sekepal jadikan gunung
alam berkembang jadikan guru.


Begitulah ingatan peninggalan lama. Sejarah menjadikan kita dewasa dan rentetan suka duka sejak kecil mengimbau nastolgia hidup yang tidak akan dapat diputarkan kembali. Kini tiada lagi pematang sawah dan onak duri mencucuk telapak kaki. Putaran jam semakin jauh sehingga bila menjejakkan kaki di pusara ayah, hati begitu pilu dan aku seperti orang asing di tanah kelahiran ini.
Hidup bagai secangkir kopi tarik di warung sepi. Pahitnya kasih dan hitamnya kerinduan.

1 Comments:

Anonymous Along said...

ohh.. rindunya kampung halaman, masa kecil dibuai ibu bila besar dibelai abang. Ingatkah dikau saat itu, hujan petang membasahi baju dan kita berlari bersama. Kini kita malu kerana mengenal erti dewasa.. di mana kawan-kawan permainan?

30 十一月, 2010  

发表评论

<< Home