星期四, 九月 15, 2005

Omak kito




Derita seorang ibu

Bilo disobut orang buang anak tontu terbakar hati kito, apolah jenis manusia sanggup buek kojo gilo ni. Macam mano pun kisah menyayat hati itu ponah dialami oleh omak ( Zabidah Faseh) waktu dio masih dalam buaian laie. Omak tau dio dibuang oleh omak dio ( Saadi Omar) melalui cerito Uwan Achik ( Latifah Omar). Uwan Achik sangat sayang kek anak sedaranyo, bilo balik sekolah mesti koja omak kek buaian dulu. Dio yang bagi namo timbangan ‘Napit” atau ‘Cipit’ kek omak.

Satu pagi selopeh disusukan. Uwan Saadi membungkus omak dongan tikar mengkuang buruk dan dio kopit omak ko anak sungai topi sawah kek baruh rumah. Ontah apo yang menghasut Uwan Saadi lalu dio sanggup buang anak dengan menghanyutkan omak masih bayi tu. Ini macam kisah cerito dalam filem Melayu lamo atau kisah orang buang anak kek topi jalan sekarang ni. Bilo konangkan kisah ni memang patut kito anak beranak marah kek Uwan Saadi tapi omak tak pulak menaruh apo-apo dondam ateh perilaku omak dio ini. Omak masih taat dan melayani omak dio seadanya hingga saat akhir Uwan Saadi. Omak memang muliakan orang tuo dan berhati mulio.

Lopeh balik sekolah, Uwan Achik seperti biasa berlari cari omak. Pueh dio cari keluar dan ko dalam rumah tapi tak jumpo. Cipit, cipit dio panggil. Dio mengadu kek Onyang Lobin dan mereka samo-samo cari. Ado orang cakap “ tadi den ado nampak Saadi mengopit tikar ko baruh..” Mereka pun berkojalah ko sungai. Pueh mengharung anak sungai kek topi sawah, tapi memang kuasa Allah Swt lobih bosa dan dio yang menontukan ajal maut dan rezoki anak-anak. Omak dalam tikar tersangkut kek batang-batang keladi dan mato omak dihurung somut. Uwan Achik menyelamatkan omak dan dio yang mengawasi omak lopeh peristiwa itu.

Agaknyo tontu Onyang boto-boto marah kek Uwan Saadi yang sanggup buang anak macam tu. Ado sobab dio buek kojo gilo itu. Menurut omak, mungkin Uwan Saadi hilang kewarasan, bingung dan ikutkan marah hati bilo dapek tau Atuk Faseh kawin lain dengan jando di Kg Jerejak. Dio tak mahu dimadukan atau memang tak tau hobi Atuk Faseh suko berbini ramai. Mungkin sebagai tanda protes dio sanggup buat tindakan luar jangkaan. Melalui perkahwinan dengan jando itu, Atuk dapek anak betino iaitu Induk Iyah sekarang. Mengikut cerito orang, Atuk sebona ae nak kek Mak Long Posah yang jando mudo tapi orang dah tersilap nikahkan Atuk dengan Omak Mak Long Posah yang juga jando. Itulah, akibat gantal nak berbini banyak hinggakan tersalah pilih kain batik.

Omak bukanlah anak kesayangan Uwan Saadi. Dio membosa macam anak tiri, apatah lagi anak-anak tiri Uwan Saadi seperti Mak Wo Simbun, Atan dan Puteh turut diangkut tinggal ke Tengkek. Uwan Saadi mungkin tension dan tercabar dengan mehnah yang dipaksakan kek dio. Nasib baik Atuk dulu sayang kek omak. Dio ado sediakan tanah kobun dan tapak rumah untuk omak. Malangnya Uwan Saadi telah menafikan amanah ini dan menyerahkan tanah-tanah tersebut kepada anak-anaknya yang lain. Sikap omak dio masih samo selopeh omak dan ayah balik dari Kelantan. Maso menumpang sementara kek rumah Uwan Saadi, keluargo kami dianggap macam cerito Kassim Selamat yang dibenci dek mertua. Aku lahir di rumah Uwan Saadi, kesian omak waktu itu.

Maso omak umur 13 tahun, dio dinikahkan dengan seorang lelaki yang omak tak kenali. Kawin budak-budak dah menjadi amalan waktu dulu. Omak tidak berhak menyuarakan rintihan hatinya dan menjadi mangsa amalan tersebut. Omak dibawa ke Singapura dan naik kapal, pueh omak muntah dan menangis. Sobab bengang dengan sikap omak, orang itupun bawak omak balik kampung dan ceraikan omak. Kejadian itu mungkin selepas perang dunia kedua dan selepas Atuk Faseh dibunuh kominis.

Lopeh itu, ayah memang ado hati kek omak yang juga dua pupunya. Ayah dengan gentleman masuk meminang omak. Lepas kawin ayah poie ko Kelantan kerja sebagai guru sekolah. Omak tinggal pulak dengan rumah mertuanya Uwan Baiyah. Ontah apo malang nasib omak, walaupun Baiyah tu emak sedaro dio tapi omak diperlakukan macam hambo atau tukang gaji. Adik-adik ipar dio turut mengkulikan omak seperti disuruh menjunjung guni padi dari sawah. Omak cumo dibela dan disayangi dek bapa mertuanya iaitu Atuk Muhamad. Atuk menunjukkan kewajarannya dalam melayani anak menantu. Sikap atuk itu tidak digemari oleh keluarganya yang lain.

Kelantan

Tahun 1949, ayah bawak omak ke Kelantan. Biarpun ayah dah kojo sebagai guru sekolah melayu di Rambutan Rendang ( Cempaka) kek Kota Bharu, gaji ayah kocik yo dan hidup amat dhaif. Ayah dan omak kurus kering maso melahirkan Along Shariffudin. Maso itu banjir bosa selalu kek Kelantan, kehidupan maso itu memang memeritkan. Nasib baik keluargo angkat omak kek sanun berbudi mulia. Mok Limah buek ayah dan omak macam anak-anak dio. Mok Limah memang menjadi tompek tumpuan anak-anak susah dan yatim. Mungkin dah suratan takdir, aku akhirnya kawin pulak dengan cucu Mok Limah ni iaitu anak sedara Mok Limah yang yatim piatu Yusoff Abdullah. Yusoff telah berkahwin dengan Rodiah dari Kampung Sg Jelutong. Akhirnya pautan kasih dan budi itu menyatukan aku dengan anak Yusoff bernama Rusmah. Isteri aku ini, maso kocik bersekolah dengan adik aku bernama Zaidah. Selalulah dio tidur kek rumah.

Maso omak menyewa di beberapa tompek kek kelantan, ado menyewa rumah yang berhantu. Bilo malam, macam-macam bunyi hantu masak kek dapur tapi ayah memang berani, dio selalu mengendap hantu tapi tak jumpo pulak. Satu pagi, maso omak keluar rumah, along ditinggalkan dalam buaian sorang diri. Maso omak balik ado orang tuo buruk tongah mengadap along dalam buaian. Omak bilo balik terkojot ado orang dalam rumah, omak tanyo buek apo datang maso dio tak ado? Dio cakap, dio suko kek budak ni… omak marah dan halau. Ruponya itu hantu rayo.

Di Pasir Puteh, ayah kojo hingga tahun 1956, dan balik ke Negeri Sembilan sobolum merdeka. Dapek anak 5 orang di Kelantan dari along hinggo arwah Ijo. Di Pasir Puteh ni, ayah aktif dalam kerja sosial dan pengakap. Keluarga angkat omak ialah keluarga Zawiyah kek Jeram, Pasir Puteh. Anak-anak Zawiyah sebelum ini masih berhubungan dengan omak. Anaknya puan Maznah ado datang maso perkahwinan Suhaimi di Tengkek. Suami Kak Maznah ni bekas exco kerajaan PAS Kelantan tahun 1990- 1995. aku pernah bertandang ko rumah bosa dio yang macam istano- ado 14 bilik di Bachok.

Angah kena kenser

Dalam tahun 1967, angah Md Diah mengidap sakit barah di tulang betisnya iaitu bawah lutut kanan. Angah sebelum itu pernah main hoki di sekolahnya di Tunku Muhamad School Kuala Pilah dan dia cakap ponah terkono kayu hoki ke tompek tulang tu. Lopeh tu dio main badminton dopan rumah dongan bebudak kampung ( tapak kodai Pak Teh Hasan sekarang), maso main tu dio ado macam tertarik kaki kek situ. Maso dio menunggu bas sekolah awal sebelum subuh, dio duduk kek tanggo rumah sorang diri. Dio nampak ado arnab putih tapi sebelah belakangnya tulang rangka yo berlari-lari dan terus masuk bawah penutup longkang kek tanggo. Angah hairan melihat kejadian itu, maso tu tak ado pulak orang kampung bolo arnah. Dio pun turun dan tinjau bawah longkang tu. Tak ado apo-apo biarpun jolok dongan kayu.

Lopeh kejadian itu, angah kaki angah mulolah membongkak. Tak sakit tapi ketulan bawah lutut dio membosa dan badan mulo kurus. Angah maso tu mengulang lagi sekali di Sekolah Menengah Batu Kikir untuk ambik LCE tingkatan tigo. Angah samo belajar b dengan Ile ( Hasnah) untuk ambik SRP. Dio dah tak sehat. Maso kejadian cino mengamuk kek pokan Batu Kikir menikam-memauk bebudak sekolah tongahari, ramai yang mati dan luka parah. Angah sompek tengok luko mangsa yang mati. Lopeh tu dio kono badi.

Bilo kaki angah makin sarat, ayah bawak angah ko hospital Kuala Pilah. Angah dirujuk ko Seremban dan kaki dio dibedah. Tak lamo lopeh tu bongkak balik sobab kuman barah tu masih ado. Doktor saran potong yo kaki tu tapi angah tak mahu. Dio sanggup mati daripado kudung. Pueh berubek kek dukun. Macam-macam dukun datang. Mereka sepakat cakap ado orang nak dongki dan sihirkan keluargo kito. Ado dukun yang dikonakan oleh Penghulu Bakar datang menggali beberapo kawasan tanah kek belakang rumah dan bawah rumah untuk cari bondo yang ditanamkan. Tak jumpo pulak.

Masa tu, banyak gangguan yang kito terimo. Pada satu malam, kami study kek anjung rumah. Ado bunyi ensel pintu dopan nak dibuka orang, ayah suruh aku pergi tengok dan bukak. Dalam takut-takut pioe jugak bukak sobab tak berani nak melawan titah perintah ayah. Kemudian bunyi lagi.. skriittt…. Ensel kena pulas. Ayah suruh Ateh Khairudin pulak. Tak ado jugak. Kemudian, ayah bangun terus ke dapur. Tak lamo lopeh itu kito donga bunyi tapak kaki lalu tepi rumah sebolah ulu. Ayah keluar dari pintu dapur. Tak lamo lopeh itu dia masuk balik, kami memang kecut waktu itu. Maso kami pindah ke Pelangai Pahang, ayah bawak satu pawang dari Gambang Kuantan. Orang tuo ini memang terrer dan omak cakap dia diizinkan Allah dapek mengeluarkan bondo yang ditanam di topi pintu pagar rumah. Omak tak bagi tau pulak apo bondo dalam kain tu. Itu yang suspen sampai la ni.

Lagi satu, maso nak pindah ke Pelangai. Trips pertama telah berpindah naik kereta Groman sebelah rumah sekarang. Sarin lewat ikut dan malam terakhir tu, dia terdengar orang sibuk macam kenduri kek dapur. Nasib baik dio tak bangun poie tengok. Agaknya hantu berkenduri waktu itu meraikan perpindahan keluarga yang duka lara ini. Di Pelangai pulak, ayah tersewa rumah berhantu jugak. Macam-macam bunyi maso malam awal kami tidur. Ateh bawak hammer, parang dan kayu temani dio tidur kek luar. Yang lain tidur dalam bilik. Sebab dio dah bosa tak manislah tidur dengan yang lain dalam bilik. Bunyi kucing berlari lintang pukang atas atap. Sebelum itu omak dah mimpi ado anjing hitam beranak kocik bawah pisang topi tangga rumah. Tapi ayah marah omak supaya jangan menakutkan anak-anak. Nasib baik tak boli rumah tu. Aku pernah tercurah minyak paneh maso menggoreng telur kek dapur. Sampai sekarang berparut. Sarin pulak dah buat hal dan selalu mengingau cari ulek. Ile Hasnah cakap ado nampak kepala orang tuo mengintai kek tingkap.. seram.

Maso tinggal di Tengkek, pendapatan ayah kocik yo sebagai guru sekolah. Adolah gaji lebih kurang $160.00 Anak-anak ramai nak makan dan sekolah. Sodih boto mengonang kehidupan maso lalu. Makan apo yang ado, kalau tak berlauk sangat cukup celur sayur bayam yo. Pisang dan bacang mudo abih kono lahap. Ateh Khairuddin pasal tak cukup makan, dio kono penyakit sampu, pucat losi dan bau badan dio busuk. Dio selalu curi telor ayam dalam roban dan makan telur tu mentah-mentah. Omak ado bersawah padi kek tanah sawah Kg Pus. Biasolah kito orang bergotong royong ke sawah. Dapeklah menampung bekalan beras.

Angah makin torok, akhirnyo kaki kanan dio tak boleh lurus sobab urat dah tegang dan bongkak makin bosa. Dukun tu suruh cucuk bongkak bosa tu dengan duri limau, kito pun ramai-ramai buat operasi menembuk tompek bongkak tu. Darah hitam busuk memancut keluar hingga penuh berbesen-besen. Akibat dipecahkan bongkak tu, jadi kudis dan busuk sebuah rumah. Adolah satu hari, omak buek gulai ayam kampung- sodap boto makan tongahari. Keluargo duduk makan bersilo kek pangkin dapur. Angah suruh aku halau ayam nak masuk dapur, aku buek dono ( do not know) yo sobab tongah melahap. Angah walaupun tak boleh berdiri lagi tapi ingin menunjukkan kuasa sebagai abang totap ado. Bilo aku melawan lalu dio baling aku sesuatu. Aku pun bangun ambik selipar dan baling dio. Kecuhlah majlis makan tongahari. Aku merajuk dan menangis. Kalau ado ayah tentu aku kono belasah hari tu jadi aku tunjuk bolanglah. Start hari itulah angah macam berdondam dengan aku. Mata dio akan tenung tajam bilo tengok aku dan muko dah cengkung kurus boto. Maso tu aku darjah 4 dan angah 17 tahun. Maso dio terlantar dalam bilik tongah, makan minum disajikan omak terus ke bilik. Aku memang tak ponah masuk ke bilik tu. Bau cukup busuk. Cumo Zawiah, Ijai dan Sarin yo yang selalu tomankan angah.

Omak ado cerito, satu petang angah panggil omak. Angah cakap burung murai yang bertenggek kek dahan botik tepi tingkap ( sekarang jadi bilik Ami) berbunyi sayu. Dia cakap buah masak keliling batang, anak ramai keliling pinggang. Omak totap sayangkan angah walaupun dio berbau busuk dan kerus kering macam cicak kubin. Dah banyak airmato omak yang gugur. Ayah tetap tabah menghadapi mehnah terhadap keluargo dio. Akhirnyo angah dibawak ke hospital Seremban. Lamo jugak dio masuk ward kek ward bangunan lamo topi jalan ke Rasah sekarang. Omak dan along Shariffudin saling bertukar shift tunggu angah.

Angah buang tabiat

Satu hari, angah cakap kek omak. Dio ingin nak jumpo adik beradik. Angah cakap dio ado berjanji dengan tetamu istimewa supaya diberi tangguh untuk jumpo adik-adik dulu. Adik beradikpun datanglah melawat angah. Lopeh balik sekolah, ayah ajak aku ke Seremban naik Vespa buruk. Maso itu jalan di Bukit Putus kocik dan macam ular kono palu. Banyak lori balak dan bahayo. Potang tu, omak suruh aku masuk ke ward salam dongan angah. Aku bukan tak sayang dan sodih tengok angah tapi maso nak masuk kek pintu ward tu, angah tengok dengan muko cengkungnya. Tajam dan aku rasa gerun. Mungkin perasaan aku dio masih marah dengan aku, aku pun lari keluar.

Hampir magrib, kami balik naik vespa. Dokek selekoh mungkin kawasan Rasah atau Ampangan, vespa ayah tergelincir dan kami ditimpa kemalangan. Aku tercampak dan bergulung-gulung ateh jalanrayo. Aku nampak percikan api dari vespa yang disagat batu jalan. Kaki, peha dan tangan aku luka teruk. Tulang kering ayah lebam kena raga vespa. Orang-orang kampung yang nak ke masjid datang berduyun-duyun membantu kami. Kami balik ke hospital untuk dirawat. Ayah cakap kalau doktor tanya kenapa cedera, dia suruh cakap jatuh dari tobeng kek hospital tu. Ayah tak ado lesen penuh aso tu. Lagi sekali angah nak jumpo aku. Aku masih berdegil dan tak tau pulak itu angah nak mati .

Pak Cik Hashim suami Mak Cik Sarah ( adik ayah) ajak naik keretanya balik ke Tanjung Ipoh. Mereka tinggal di rumah guru sekolah rendah Tanjung Ipoh. Aku pun ikut dan tidur dongan Mak We Ulu ( Uwan Baiyah). Beberapo hari kemudian, omak balik dari Seremban. Omak cakap angah dah buang tabiat dan suruh omak balik. Along tunggu angah. Omak memang susah hati dan omak begitu tertekan waktu. Ponah omak lalu dopan kubur ( keramat?) kek kampung Pus mintak lopehkan boban yang ditanggungnyo. Pagi tu, omak poie balik ke hospital bawak ubek-ubek kampung. Maso dalam perjalanan, jenazah angah di bawak pulang.

Kalau tak silap ingatan aku, aku baru balik dengan atih Khairudin bawak seguni padi dari sawah. Aku duduk ateh palang basikal dan guni padi itu bosa kek belakang basikal. Sampai ke sungai topi sawah, kita orang tergelincir jatuh macam nangka busuk dalam sawah. Sampai ke dopan rumah ado polis beritau yang angah dah mati. Aku dan ateh beritau orang kampung terutama Mak Wo Liah. Mak Wo sibuklah komehkan rumah dan dapur. Bontang tikar. Aku bingung dan rasa bersalah kerana tak sompek mintak maaf dengan angah. Aku berdosa sanggup degil tak jumpo angah. ( sebak hati bilo mengingatkan kisah lamo ni).

Tak lamo kemudian, kereta bawak jenazah pun sampai. Orang kampung sibuklah menguruskan persiapan apa yang patut. Pak Lang Mahmud sibuk mengaut buluh dan batang rumbia nak buat penutup jenazah masa ke kubur. Angah maso akhir-akhir hayat turut menyebut namo Pak Lang Mahmud hinggakan Pak Lang Idris ( suami Mak Lang Hawa) disangkakan Pak Lang Mahmud.

Beberapa jam kemudian, omak pun balik setelah dimaklumkan angah dah meninggal dunia. Omak terkilan tak dapek bersamo angah maso dio menghembuskan nafas terakhir. Along Shariffudin ado sewaktu angah nazak. Along sayangkan adiknya. Oh Tuhan, aku menyesal tak dapat memohon ampun dengan angah… aku keras hati hingga bertindak begitu. Ya Allah ampunilah segala perbuatanku dan tempatkanlah angah, ayah dan Ijo yang telah mendahului kami dalam rahmatMu yang abadi. Angah meninggal dunia tahun 1968 dalam bulan April. Usia dia 17 tahun. Omak macam nak pengsan di halaman rumah bilo turun dari teksi. Ramai sedara yang menziarahi kami hari itu. Hubungan kekeluargaan sedara mara masih kuat. Pak Ngah Kahar ( Dr Kahar Bador) turut hadir dan dia menggunakan kedudukannya waktu itu untuk mempengaruhi pihak hospital agar memberi rawatan terbaik untuk angah.

Kami kehilangan seorang abang , ayah & omak memendam rasa yang terlalu berat untuk ditanggung. Ayah jenis sukar menitiskan air mata tetapi wajahnya yang putih itu merah padam menahan sesuatu. Angah pergi ketika kami berada dalam suasana yang serba kekurangan. Bayangkanlah kami adik beradik tidak ado duit belanja untuk makan waktu rehat di sekolah. Hasnah kakak kami kadang kala tidak cukup duit untuk buat tambang pergi ke sekolah, kami buat muka tebal pinjam dengan Uwan Saadi tapi jarang dilayani. Hanya Onyang Omar sajo yang mempunyai hatibudi yang sukar dilupokan. Walaupun dia carut-carut kami tapi dio tak lokek.

Kisah yang telah berlalu ini dicoretkan untuk pengetahuan cucu-cicit omak akan datang. Maso kocik dibuai omak, maso bosa lupo kek omak. Sikap kurang bijak dan keterlaluan anak-anak hingga sanggup bercakaran. Kewujudan omak yang dah tuo diabaikan, seolah-olah menafikan jerih perih ayah omak maso dulu. Sapolah kito tanpa ayah dan omak. Apolah kiranya, omak menikmati sedikit kebahgiaan semasa ada sisa-sisa usianya. Yang sodihnyo, sekarang omak tingga kek rumah sorang diri dengan sakit-sakit tuo. Nasib baik ado budak umur 8 tahun dopan rumah tu yang tomankan omak waktu malam. Ado anak-anak omak yang mengambil sikap konfrontasi ( menderhaka?) dengan omak sobab tak pueh hati. Omak sorang pun tak terjago dan sanggup pulak membuang omak macam tu. Kok dulu maso kocik omaklah yang susah payah membosakan kito, apo lak maso ni sanggup menghino omak. Cubo fikirkan jiko omak tak panjang umur dan menghembuskan nafas sorang diri kek rumah tanpa anak-anak? omak dah banyak menitiskan air mato sojak dulu dan janganlah dah tuo-tuo gini ado anak-anak yang sanggup melukokan hati omak.
Marilah kito bermuasabah dan merenungi liku-liku hidup yang telah berlalu. Saat getir dan suka duka bersama ayah omak. Yang kendur kito eratkan, yang putus kito kaitkan, kok pocah sekalipun tempayan janganlah sampai hati berpocah hati. Sayangilah darah daging kito.
Photo: Allahyarham Tok Kudin, Uwan Saadi dan Uwan Baiyah.




































0 Comments:

发表评论

<< Home